Sarawak United


Sarawak United (nama rasmi: Kelab Bolasepak Sarawak United) ialah sebuah kelab bola sepak Malaysia yang berpangkalan di Kuching, Sarawak. Pada masa ini, kelab ini bermain di dalam liga divisyen kedua dalam bola sepak Malaysia, iaitu Liga Premier Malaysia. Kelab ini telah dijenamakan semula dari Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia ke Persatuan Bolasepak Melayu Selangor atau PBMS bermula musim Liga FAM Malaysia 2017.[1] Mereka dijenamakan semula sebagai Selangor United untuk musim Liga FAM Malaysia 2018.[2] .Bermula musim 2020, pasukan ini dikenali Sarawak United setelah diambilalih oleh pengurusan Persatuan Bolasepak Sarawak.